<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5057099818459025116\x26blogName\x3d%7B+27:40+%7D\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://keranaakuini-hamba.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://keranaakuini-hamba.blogspot.com/\x26vt\x3d7159425703230642156', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Syaima. 14. Malaysian.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah."
(QS. Al Baqarah:286)


istighfar



MEMORIES



Kita masih bersama hingga kini, adik.
written on Friday 30 August 2013 @ 21:53 ✈


"suatu saat bila bersendirian, kita sedar kita cuma ada tuhan"

Assalamualaikum, salam mahabbah buatmu adik.

Segala puji bagi Allah atas segala limpahan rahmat dan kurnia-Nya dalam menyatukan hati-hati kita. 
Juga tidak mampu untuk memuji akan diri-Nya melebihi Dia atas jalinan ukhwah yang telah lama dijalinkan atas izin darinya. Alhamdulillah.

Adik...
Sudah lama kakak tidak menitipkan bicara melalui coretan buatmu. Sudah lama? Mungkin tidak pernah. Maafkan kakak, sayang.

Adik...
Hari ini, hati ini benar-benar terpanggil untuk menarikan jari jemari ini. Bersama doa agar rahmat dan lindungan Allah sentiasa bersama kita.

Sebenarnya, sudah lama jugak kakak berkira-kira untuk 'menyapa' (menegur) adik, tapi dek kerana bimbangkan ada hati yang akan terguris, kakak tangguhkan.

Maaf adik! Bukanlah niat kakak untuk melupakan, jauh sekali membuat adik berkecil hati. Tapi, sebelum apa jua perasaan yang adik rasakan, segeralah kembalikan diri kepada Allah, insyaAllah hatimu akan berasa tenang. Anugerah ketenangan itu dari Allah dan kita sebagai hamba diberikan pula keampunan untuk melaksanakan. Subhanallah, indahnya kurnia.

Adik...
Mungkin adik sendiri telah maklum akan perubahan yang ada pada diri kakak sekarang.
Seorang muslimah yang terlalu menyintai Pemiliknya dan tiap waktu merindu akan keagungan yang dicipta-Nya. AllahuAkbar! Mungkin tidak sesolehah Khadijah, tidak selembut Aisyah, tidak secekal Summayyah dan tidak setabah Fatimah. Tetapi, Allah tetap membuka hati kakak ini bukan? Sayangnya Allah pada kita.

Adik...
Bersama anugerah terindah yang sedang kakak daki kini, bersama persalinan baru yang kakak pakaikan diri, kakak rasa begitu bahagia sekali. Walaupun pada pandangan duniawi, kakak ini serba tiada, harta benda, pangkat dan darjat, tapi kakak dapat merasa nikmat berada dijalan-Nya.

Adik...
Jika suatu waktu dulu, dosa pahala tidak kita ambil kira, meniti jambatan dunia hingga terlupa dihujungnya akhirat yang tersedia, tapi hari ini, kakak berada di landasan berbeza. Mungkin masih jua dijambatan yang sama, tapi memilih lorong yang tahu menilai ganjaran dan azab yang dijanjikan-Nya.

Adik...
Hampir seluruh zaman remaja kita habiskan dengan penuh kealpaan, tidak berjaya meletakkan diri sebagai anak yang solehah. Tidak menyenangkan hati kedua ibu ayah sedang mereka telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang dan tidak meminta untuk membalas tiap amal bakti yang diberikan. Pasti hati kecil mereka merintih saat kedegilan itu menguasai anak-anak yang menjadi harapan dunia dan akhirat.

"Ya Allah, ampuni kami ya Allah. Sesungguhnya kami ini anak-anak yang berdosa."

Namun adik, sedarkah kita bahawa hari ini Allah masih juga memberikan nikmat untuk kita merasakan alam dewasa. Alhamdulillah, diberikan juga kesempatan untuk kita bergelar anak, pelajar, isteri dan insyaAllah seorang ibu. Subhanallah. Allah Maha Pemurah. Tiada yang layak dipuji melainkan Dia. Dan diberikan juga peluang untuk bersama ibu ayah yang sedang meniti usia mereka. AllahuAkbar!


Adik...

Perkara-perkara inilah yang menjadikan kakak selalu mencari diri, mencari jalan pulang ke sisi-Nya yang Maha Pemberi. Dan selalu merasakan tidak cukup untuk membalasnya dengan ucapan 'terima kasih' dalam tiap gerak gerak nadi yang berdenyut.

Adik...
Bersama kekuatan dan keampunan yang Allah berikan pada pada kakak saat ini, kakak benar-benar ingin memimpin adik bersama kakak untuk berada di landasan yang sama.

Dekatilah Dia, adik. Kembalilah pada-Nya. Allah sedang tersenyum memandangmu tika ini. Jalan untuk menghampiri-Nya sentiasa luas terbuka. Malah Dia jua Maha Pengampun tiap dosa walau sebesar mana murka yang ada buat kita. Ayuhlah dik, kembali mencari jalan pulang sebelum kita bertemu dengan-Nya.

Adik...
Bersama warkah ini, kakak tinggalkan adik pesanan ini, yang mungkin mampu dijadikan azimat dalam adik meniti sisa usia yang Allah berikan, insyaAllah.

- Letakkanlah niat hatimu semata kerana Allah dalam apa jua yang dilakukan.

- Hiasilah dirimu dengan rasa malu yang menebal, agar dirimu bisa memperoleh cahaya yang tersembunyi disebalik kepalsuan dunia.

- Peliharalah solat. Perbaikilah ia. Dirikanlah di awal waktu. Nikmat.

- Bersahabat dengan Al-Quran dan Sunnah agar dapat menjadi penyuluh jalanmu.

- Peliharalah jua aurat mu. Tutuplah ia. Lindungi ia. Bukankah bunga Mawar itu indah kerana duri yang sentiasa menutupi dan melindungi dirinya?

- Jauhilah maksiat dan kemungkaran yang melalaikan.

- Ingatlah pada janji azab Allah pada hamba-Nya yang ingkar.

- Senyum. Bukankah ia mudah..? :)

Adik...

Selebihnya, pasti adik akan temuinya nanti. InsyaAllah.

Inilah jalan kita. Jalan pulang yang kita cari selama ini. Kakak doakan moga adik dipermudahkan Allah dalam usaha menuju ke jalanNya.

Akhir bicara, maafkan kakak andai bicara ini membuat hati kecilmu tersentuh.

Ingatlah adik, dunia ini pinjaman semata. Tiada yang kekal melainkan Dia.
Sementara diberikan kekuatan dan keampunan untuk kita membezakan, pilihlah jalan yang diredhai-Nya.

Moga dikalungkan hidayah buat kita dan sentiasa diampunkan dosa. Kita ini hanya hamba. Hamba yang selayaknya meminta pada Dia yang sentiasa bersedia memberikan laluan buat kita, kerana hanya Dia tempat kita menyembah dan memohon pertolongan. Tiada daya dan upaya kita melainkan hanya dengan-Nya, Yang Maha Menguasai setiap perkara. AllahuAkbar!

Wassalam.

Tersenyum bahagia bersama sang Pencipta... :)

Allah dah cukup.
{ 310813;1252 }


0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life